Monday, February 22, 2010

Kelas Aliran Agama (KAA)






Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (SMKTUN) KAA ditubuhkan pada tahun 2008. Pelajar KAA disamakan dengan pelajar SMKA dari segi pakaian. Lelaki diwajibkan memakai baju lengan panjang dan bersongkok. Manakala pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung labuh dan panjang baju melebihi paras lutut.



KAA diberi subjek tambahan iaitu Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Quran (KKQ). KAA akan mengambil 9 subjek semasa PMR. Ramai pelajar lain mengganggap KKQ adalah seperti belajar Quran biasa. Tetapi sebenarnya ini lebih daripada belajar tajwid dan cara bacaan yang betul.



Di dalam KKQ,kami belajar Qira’at,taranum dan hafazan. Walaupun nampak sikit tapi sebenarnya banyak. Qira’at bercabang kepada 7 imam yang berbeza. Taranum mempunyai lagu dan daya yang berbeza. Hafazan pula mempunyai 8 surah iaitu Al-Ala’,Al-Groshiah,As-Sajdah,Al-Insaan,Al-Waqi’ah,Nuh,Ash-Saff dan Al-Jumu’ah. Jika digabungkan ayat-ayat surah tersebut,Kira-kira 260 ayat. Jumlah tersebut tidaklah membebankan sangat. Hanya yang malas menghafaz sahaja akan mengganggap 260 ayat ini suatu bebanan.



Tidak semua sekolah yang mempunyai KAA. Dahulu KAA dipanggil RKA. Tetapi RKA diubah dalam beberapa sebab. Sebab satu kerana sesetengah pelajar yang iri hati dengan KAA memanggil RKA rancangan kerosakan agama. Tetapi benarnya rancangan khas agama. Lagi satu kerajaan negeri Johor yang arahkan.



Di SMKTUN KAA mempunyai organisasi. Terdiri daripada pengetua,penasihat,pengerusi,naib pegerusi,setiausaha,naib setiausaha,bendahari,naib bendahari dan AJK. Saya memegang jawatan sebagai Ketua AJK Surau Ting 2 dan AJK dakwah Ting 2. Pengerusi KAA tahun ini (2010) ialah Reden Ahmad Fauzan B Raden Sukarno.Naib pengerusi ialah Muhd Alief B Mohd Sobri.



Guru yang mengetuai KAA ialah Ustazah Raja Ainun Nadhirah BT Raja Omar. Beliau yang mengajar KKQ di sekolah ini. SMKTUN hanya mempunyai seorang Ustaz iaitu Ustaz Mohd Rifky B Muhydin. SMKTUN megamalkan sistem bergilir-gilir menjadi imam. Pelajar KAA yang wajib menjadi imam. Pelajar kelas lain di ambil mengikut kemampuan mereka dari segi agama.



SMKTUN juga mengadakan musabakoh MTQ peringkat sekolah. Acara tahun 2010 ialah hafazan,syarahan,nashid dan tilawah Quran. KAA di sekolah ini amat menarik. Kami seperti satu keluarga yang besar. Kami mengadakan Marhaban ke rumah guru-guru SMKTUN,lawatan sambil belajar,qiammulail,tadarus Quran,majlis berbuka puasa,solat hajat,kem dan banyak lagi aktivi yang menarik dan berfaedah yang di anjurkan oleh KAA.



Jika ada sebarang komen atau perbetulan sila isi di ruang ”COMMENT”



Sekian,

Syukran wa ilalliqo’...

No comments:

A lot of killed

A lot of killed

expert aim

expert aim

best zombies killer

best zombies killer

goog vehicle

goog vehicle

Don't know

Don't know